skip to Main Content
Call us: +(60) 13 203 9597 or email: almauizoh@gmail.com

Kelebihan Ilmu

Ilmu menurut bahasa berasal dari bahasa Arab bermaksud mengetahui atau perbuatan yang bertujuan mengetahui sesuatu dengan sebenarnya, manakala di dalam bahasa Latin ialah sains yang bererti tahu,mengetahui atau memahami. Ada pun menurut istilah, ilmu adalah pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah swt yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batin.

Islam mewajibkan setiap umatnya menuntut ilmu. Antara ilmu yang sangat penting dituntut adalah ilmu agama kerana ianya sering dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan mengajar kita tentang perkara baik, buruk, pahala dan dosa. Selain itu, ilmu agama yang sahih menerangkan tentang perbezaan antara perintah-perintah dan larangan-larangan Allah supaya kita menjadi hamba yang taat dan dijauhkan dari kesesatan.

Ilmu perlu dituntut tidak mengira usia kerana ia mengajar dan meningkatkan tahap kehidupan manusia. Maka metuntut ilmu perlu diteruskan sehingga ke akhir hayat. Pelbagai nas dan dalil yang menceritakan kelebihan ilmu. Antaranya:

قوله تعالى: {يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ}. المجادلة: 11]

Maksudnya:Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang beriman di antaramu dan orang yang diberi ilmu beberapa darjat.[Surah Al-Mujadalah-ayat 11] :عن النبيِّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم أنه قالَ: « طَلَبُ العِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَىْ كُلِّ مُسْلِمٍ » رواه ابن ماجه

Maksudnya:Sabda Nabi SAW: Menuntut ilmu wajib bagi setiap orang islam. [Riwayat Ibnu Majah] Kata ibnu abbas:
ففيه واحد اشد علي الشيطان من الف عابد
Seorang ahli ilmu lebih sukar disesatkan oleh syaitan berbanding dengan seribu ahli ibadat.
Berdasarkan dalil di atas, jelas menunjukkan bahawa ilmu sangat penting dipelajari,lebih-lebih lagi ilmu agama. Semoga kita sentiasa diberi peluang dan nikmat menuntut ilmu supaya menjadi insan atau khalifah yang taat dan hebat di atas muka bumi Allah SWT.

Belajar AlQuran , www.almauizoh.com