Call us: +(60) 13 203 9597 or email: almauizoh@gmail.com
Basic Al-Quran

Learning Programme:

Tajweed
Fardu Ain
Arabic Language
“Pendidikan Islam” School Silibus
Usrah
Mathematics

Subjects

MAIN SUBJECTS :

Students will be tested during the first class and the level will be determined by the teacher of choice upon discussion. Students have the right to proceed to the next level or stop whenever necessary.

Tahap pelajar akan dinilai oleh tenaga pengajar yang dipilih semasa kelas pertama berlansung. Pelajar layak membuat keputusan untuk meneruskan pengajian atau berhenti pada bila-bila masa.

PENERANGAN

Pengajian Al-Quran akan diajar dari asas, bermula dengan sebutan huruf alif, ba, ta…, penguasaan tajwid sehingga mahir membaca Al-Quran. Pengajian akan disesuaikan dengan tahap pelajar. Tahap pelajar akan dinilai semasa kelas pertama. Kenaikan tahap hanya akan diberikan selepas penguasaan tahap sebelumnya.

 

TAHAP 1: BACAAN:
Sistem pembelajaran dan penyampaian yang cepat dan mudah difahami beserta tajwid. Pelajar yang ingin mempelajari AlQuran dari asas akan bermula dengan tahap 1.

Mempunyai dua kategori iaitu ; Asas dan Lanjutan.

Pembelajaran Asas:
1. Cadangan kitab: Talaqqi (Surur Shihabuddin An-Nadwi)
2. Jangka masa: 6 bulan

Pembelajaran Lanjutan:
1. Cadangan kitab: Al-Quran
2. Jangka Masa: Mengikut kelancaran dan kemampuan pelajar.

 

TAHAP 2: PENGUASAAN TAJWID:

Penguasaan tajwid amat penting untuk membaca Al-Quran dengan tepat. Pelajar akan diajar step-by-step dari sudut hukum-hukum, bacaan dan fasohah.

  1. Cadangan kitab: Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani ( Haji Abdul Kadir Leong Azhari)
  2. Jangka Masa: 3 Bulan

 

TAHAP 3: HAFAZAN:  

Untuk mereka yang berkeinginan untuk menghafal surah-surah Al-Quran. Sesuai untuk mereka yang telah lancar, fasih dan mahir dalam hukum-hukum tajwid. Akan dibimbing guru khas yang berpengalaman dalam bidang hafalan Al-Quran.

1. Cadangan kitab: Al-Quran
2. Jangka Masa: Mengikut kelancaran dan kemampuan pelajar.

PENERANGAN

Fardu Ain adelah perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Islam. Ianya berdosa jika tidak ditunaikan. Kami mengajar asas fardu ain untuk meningkatkan pemahaman pelajar mengenai kewajipannya. Pelajar akan diajar step-by-step untuk setiap asas dari segi penerangannya, cara mempraktikan atau memahami dan menjawab soalan-soalan pelajar jika ada kekeliruan.

 

TAHAP 1: ASAS

Modul pembelajaran asas fardhu ain ini mempunyai 3 bahagian:

  1. Asas fardhu ain ibadah: Pembelajaran tentang solat,wudhuk,hukum-hukum berkaitan dan lain-lain lagi
  2. Asas fardhu ain aqidah: Pembelajaran tentang Islam,iman,sifat-sifat Allah dan lain-lain lagi.
  3. Asas fardhu ain akhlak : Pembelajaran tentang akhlak dalam islam,doa-doa harian dan lain-lain lagi
  1. Cadangan kitab: TBC
  2. Jangka Masa: 3 Bulan

 

TAHAP 2: LANJUTAN

Untuk mereka yang ingin mendalami dan menghalusi dalam pembelajaran fardhu ain.

Cadangan kitab: Indahnya Hidup Bersyariat (Dato Ismail Kamus)
Jangka Masa: 3 Bulan

PENERANGAN

Penguasaan Bahasa Arab akan memudahkan pelajar mendalami intipati dan pengertian Al-Quran dan bacaan didalam solat, doa-doa, wirid, zikir dan sebagainya. Pelajar juga ditahap lanjutan akan memahami kitab-kitab muktabar para ulama yang kebanyakannya ditulis dalam Bahasa Arab.

Firman Allah SWT, “Sesungguhnya KAMI turunkan ia (al-Quran) sebagai bacaan berbahasa arab agar kamu semua berfikir.” (Surah Yusuf: ayat 2).

 

TAHAP 1: ASAS

Peringkat asas untuk tahap permulaan pembelajaraan bahasa arab.

  1. Cadangan kitab: Kaedah Sahla (Ustaz Sharazzaq)
  2. Jangka Masa: 3 Bulan

 

TAHAP 2: PERTENGAHAN

Peringkat pertengahan adalah bagi mereka yang telah memahami asas dengan baik dan ingin meneruskan pembelajaran untuk lebih mahir dalam pemahaman dan pertuturan Bahasa.

  1. Cadangan kitab: Kaedah Sahla (Ustaz Sharazzaq)
  2.  Jangka Masa: 3 Bulan

 

TAHAP 3: LANJUTAN

Peringkat lanjutan adalah bagi mereka yang ingin mendalami dan memantapkan bahasa arab ke peringkat yang lebih tinggi dan telah melepasi kualifikasi peringkat kedua. Pada tahap ini, pemahaman dan pertuturan adalah ditahap lancar.

  1. Cadangan kitab: Kitab-kitab Turath Bahasa Arab
  2. Jangka Masa: Mengikut kitab yang dipilih

Penerangan :

Kelas tambahan untuk pelajar-pelajar dari peringkat sekolah rendah dan menengah menggunakan silibus yang telah ditetapkan oleh sekolah masing-masing.

Pelajar akan lebih bersedia untuk menjawab soalan-soalan perperiksaan dan tahap pemahaman akan jauh lebih baik.

Penerangan :

Pembelajaran mathematics pada semua peringkat. Tenaga pengajar kami merupakan professor dari University Malaya, mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dan telah meraih banyak awards and recognition didalam bidangnya.

Semua tahap pelajar layak memohon untuk belajar, sama ada dari sekolah rendah, menengah, matriks, foundation, university (diploma/degree/master/phd) dan sebagainya.

Semua soalan mengenai mathematics dapat dipelajari.

PENERANGAN

Subjek-subjek yang ditawarkan adalah bergantung kepada request. Semua subjek akan diajar dari asas dan mengikut tahap pelajar.

  • TAFSIR AL-QURAN: Sesuai untuk mereka yang sudah mempunyai asas-asas yang kuat dan akan menggunakan kitab-kitab yang muktabar.
  • HADIS: Sesuai untuk mereka yang sudah mempunyai asas-asas yang kuat dan akan menggunakan kitab-kitab yang muktabar.
  • FEQAH : Sesuai untuk mereka yang sudah mempunyai asas-asas yang kuat dan akan menggunakan kitab-kitab yang muktabar.
  • TAUHID : Sesuai untuk mereka yang sudah mempunyai asas-asas yang kuat dan akan menggunakan kitab-kitab yang muktabar.
  • SIRAH : Sesuai untuk mereka yang sudah mempunyai asas-asas yang kuat dan akan menggunakan kitab-kitab yang muktabar.
  • KHAT: Untuk mereka yang ingin memperkemaskan dan mencantikkan tulisan dalam jawi dan bahasa arab atau ingin mempelajari seni ini dari asas akan di bimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman.