Call us: +(60) 13 203 9597 or email: almauizoh@gmail.com

Kita dah MERDEKA ke?

Setelah sekian lama kita Merdeka, sebagai individu juga negara. Adakah kita menghargai kebebasan dan peluang untuk hidup aman tanpa keadaan yang kacau bilau?

MERDEKA ni ada makna yang banyak jika dirujuk daripada pelbagai buku dan tulisan namun secara umumnya ia bermaksud bebas daripada penjajahan dan penindasan serta memiliki hak untuk membuat keputusan sendiri.

Tolak ketepi perbezaan politik dan kebangkitan isu-isu sensitive atau perkauman, ataupun perbandingan dengan negara-negara arab yang sentiasa dibedil dengan senjata fizikal dan minda. Tidakkah kita bersyukur dengan peluang yang kita ada untuk pergi ke kerja mencari rezeki, beraya tanpa perlu fikir yang dituju masih ada atau tidak,  shopping setiap kali dapat gaji, pergi ke masjid dengan riang gembira, membaca alQuran dengan guru juga sahabat handai, ataupun rehat di rumah bersama keluarga pada bila-bila masa?

MERDEKA

Hargailah PELUANG untuk memperbaiki diri dan bersyukur dengan keadaan yang aman ini kerana tiada jaminan MERDEKA pada hari esok.

Mudah je, HARGAI. :)